History of city

Sejarah dan Budaya Jakarta

Jakarta pada mulanya hanya dikenali sebagai sebuah pelabuhan di muara sungai ciliwung . Asal-usulnya boleh ditelusuri daripada zaman peradabanHindu pada abad ke-5. Orang Eropah pertama yang datang ke Jakarta adalah orang Portugis. Pada abad ke-16, para pendatang Portugis diberi izin untuk mendirikan benteng pertahanan di Sunda Kelapa.

Asal-usul nama Jakarta bermula pada tarikh 22 Jun dengan penaklukan Sunda Kelapa oleh Fatahillah pada tahun 1527 yang telah menukarkan nama kota tersebut menjadi Jayakarta yang bererti kemenangan.

Orang Belanda yang datang ke Jayakarta sekitar akhir abad ke-16 dan pada 1619, Syarikat Hindia Timur Belanda yang dipimpin oleh Jan Pieterszoon Coen berjaya menawan Jayakarta dan kemudian mengubah namanya menjadi Batavia. Semasa era Belanda, Batavia berkembang menjadi sebuah kota yang besar dan penting.

Penjajahan oleh Jepun bermula pada tahun 1942 dan mereka menukar nama Batavia menjadi Jakarta untuk menambat hati penduduk pada Perang Dunia II. Kota ini juga merupakan tempat Pengistirahatan Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan dijajah Belanda sehingga pengakuan kedaulatan pada 1949.

Budaya

Sebagai sebuah ibukota Indonesia, Jakarta menarik pendatang daripada seluruh Indonesia, ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang tidak menyeluruh ke seluruh daerah menyebabkan satu jurang urbanisasi yang besar. Urbanisasi inilah yang membawa kepada pelbagai budaya masuk ke Jakarta. Suku-suku yang mendiami Jakarta ialah Suku Betawi, Jawa, Sunda, Minang, Batak, dan Tionghoa. Budaya lain yang turut menular di Jakarta adalah bahasa pergaulan yang digunakan oleh golongan remaja. Contohnya: Please donk ah! dan So what gitu loh!. Budaya Betawi sebagai budaya utama tidak diendahkan oleh rakyat tempatan sama ada Indonesia mahupun budaya Barat. Untuk melestarikan budaya Betawi, dibina satu pemulihan budaya di Situ Babakan.

Muzik

Perpaduan berbagai-bagai etnik dan suku kaum membawa kepada kewujudan pelbagai jenis kebudayaan oleh etnik sama ada daripada wilayah di Indonesia ataupun bukan daripada Indonesia. Contohnya kebudayaan daripada Belanda, China, Portugis, Arab dan India, . Seni muzik di Jakarta menggambarkan perpaduan tersebut melalui muzik tradisional mahupun moden yang dicipta. Bahkan sehingga kini, Jakarta masih dianggap sebagai sebuah pusat bagi memperkembangan muzik di Indonesia. terdapat juga pengaruh luar dalam seni muzik tradisional di Jakarta, seperti tanjidor, zilofon dan kromong yang mempunyai pengaruh penggunaan rebab dan trompet tradisional yang bukan berasal daripada Jakarta Sunda. Terdapat juga pengaruh asing daripada Eropah atau muzik tradisional Cina seperti trombon dan gitar.

Tarian

Tarian Topeng, salah satu khazanah budaya di Indonesia

Seperti juga budaya dan seni muzik, seni tari di Jakarta merupakan hasil perpaduan antara budaya masyarakat ada di dalamnya. Pada awalnya, seni tari di Jakarta memiliki pengaruh Sunda dan Cina seperti Jaipong yang mengunakan kostum penari khas pemain Opera Beijing. Namun Jakarta boleh dikatakan daerah yang paling dinamik kerana mempunyai seni tari dengan gaya dan koreografi yang dinamik selain seni tari lama.

Cerita rakyat

Selain daripada cerita rakyat Si Pitung, cerita rakyat yang terkenal adalah seperti cerita Jagoan Tulen yang mengisahkan mengenai jawara-jawara betawi . Selain daripada mengisahkan cerita mengenai kehandalan atau kepakaran dalam dunia persilatan, terkenal juga cerita Nyai Dasima yang menggambarkan kehidupan pada zaman penjajah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: